nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

AMIR

Daisypath Anniversary tickers

AISYAH

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 8, 2009

Riwayat Bidadari Syurga

Riwayat Bidadari Syurga......judul terbaru yang kubeli ketika "outing" bersama pegawai kadet. Aku kini berada di UTM Skudai menjadi salah seorang YO atau Young Officer kepada pasukan PALAPES UniMAP. Terasa lucu pula bila mengenangkan aku "dilahirkan di UTM" tetapi berkhidmat di UniMAP. Apa boleh buat jika pekerjaan aku sekarang ini sebagai salah seorang tenaga pengajar di UniMAP. PAsukan UniMAP telah ditempatkan di Kolej Rahman Putra. 4hb aku telah selamat melapor diri di sana, 5hb pagi jam 0800 ditugaskan menjadi DO atau Duty Officer menjaga bilik gerakan. bertugas dari jam 0800 sehingga 0800 6hb esoknya. Alhamdulillah, kerja beres sebelum jam 0200, akhirnya aku balik ke bilik untuk membuat persiapan pertandingan merentas halangan pada 6hb dan tido setelah seharian bertugas di bilik gerakan.

berbalik kepada buku Riwayat Bidadari Syurga.......petikan dari buku Riwayat Bidadari Syurga nukilan Munif Ahmad. Dalam kelembutan hati. ada tegas yang tak bisa digugah. Dalam kehalusan jemari, tergenggam utuh janji abdi pada Yang Esa. Dalam malu, suara tegar mereka mampu menggegarkan dunia. Siapakah yang mampu menandingi kehebatan mereka, para hamba yang akhirnya menjadi bidadari syurga. Hajar R.A, Maryam, Aminah Binti Wahab, Khadijah R.A, Saudah, Aisyah, Hafsah, Zainab binti Khuzaimah, Hindun, RAmlah, Zainab binti Rasulullah, Fatimah Az-Zahraa', Balqis, Zulaikha, Yukabid, Masyitah, Asiah, Halimah As-Sa'adiah, Sumayyah, Barakah, Nasubah, Al-Khansaa', Khaulah, Rumaisah, Asma' binti Abu Bakar, Na'ilah binti Al-Farafhishah, Zainab binti Ali, Rabi'ah Al-Adawiyah, Zubaidah, Zinnirah dan Ainul Mardhiah. Mandengar lagu dan kisah kalian membuatkan kami tertanya-tanya. Mampukah kami menjadi seperti kalian?
Layakkah kami berdiri di sisi kalian? Sedangkan sejarah kami tak setanding riwayat kalian, pengorbanan kami tak setanding riwayat kalian, pengorbanan kami tak tersaing perjuangan kalian dan kehambaan kami tak sehebat pengabdian kalian......

Monday, June 1, 2009

BBQ.....!!!!




BBQ pertama aku bersama warga school yang len. ramai jugak walaupun bukan sume org join. mentarang, udang, sotong, ikan, ketam....pergh, meleleh air liuq. tambah pulak cicah asam depa...waduh!!!!! mengancam. bukan banyak pun kene bayaq, RM10 sorang dpt 5 jenis seafood. kul 8++ sampai kul 12 baru balik. hahahahah...punye la lama. dok bakaq2 tak abs2.aku pun join skali bakaq, sampai baju, tudung flavour asap. hahahah........