nuffnang ad

WED

Daisypath Anniversary tickers

AMIR

Daisypath Anniversary tickers

AISYAH

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 28, 2011

Love is Life

 will you ever see…  
will u ever know... .
 all the fear…
that i hide…
i do loving YOU  
i'm Ur Stalker... lol
 When I sms you everyday,
I'm seeking for your attention.
sorry for disturbing U
but i like to flex my thumb
and SMS u... juz because of THAT
..but the truth is... ..
When I sms's u everyday,

I want you to reply at least once. ?

 When I want to see you
everyday,I want to be pampered... ... . 
i doesn't know
when i will be GONEforever...
 When I look at u with eyes full of
questions.. 
I'm wondering how long you will be around

 When I say that I can't live
without you,
I have made up my mind that you are my future.... 

 When I'm quiet,
Millions of things are running in My mind.
When a I'm not arguing,
I'm thinking deeply... .
who i am to YOU... 

 When I say I love you,
I mean it and no one can love you more
than i do... ... .hmmm


When a I say "i miss you",
No one in this world can miss you more
than that... .

quote for share..
When you're happy, I'm happy.
When you're sad, I'm sad. When you're lonely,
call me! ~

Author Unknown

notakaki: i am sorry i am not a philosopher so that i just take this article to be shared in my blog. it is not mine.



Tuesday, July 26, 2011

CM7 : Satu Kisah Lucu

all of these cartoons were taken from http://www.thefunnycartoon.com/

enjoy! =)









notakaki : saya tak pandai melukis kartun...


Friday, July 22, 2011

Exam!

G.O.O.D L.U.C.K!

dear fiancee
dear friends
dear officemates

semoga berkeupayaan menjawab soalan dengan penuh khusyuk dan tawaduk.
=)


Tuesday, July 19, 2011

CM6 : Tutorial kawan2

haha...disebabkan takde perkara yang saya buat sendiri so, sy akan promote blog rakan2 yang menyediakan khidmat DIY atau do it yourself.

first of all my auntie's blog : foodfrommamakitchen

blog berkenaan masakan beliau. sgt menarik lagi tertarik...almost every day ade je entry baru terutama hari minggu. ye lah cuti kan...so, memasak je la kojenye...

second is my fav blog also a food blog : themarthablog

martha stewart punye blog. st menarik terutama gambar2 yang disediakan.hahahaha...

third is tutorial for blogs: tutorialuntukblog

blog yang menarik untuk mempelajari selok belok membuat blog.

fourth : hijabtrendz

blog ni boleh kot dokatakan tutorial mengenai fesyen world to muslimah.

fifth : noorafzan

blog personal tapi lebih kepada tutorial jugak la kan..haha

hmmm...itu je kot. tak larat la nak usha banyak2...mengantuk! =)

bubye...



Saturday, July 16, 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows Pt 2

first of all wanna say : GOOD BYE HARRY POTTER!

harry potter da habis...weeeeeeeeeee
tak pernah miis watching this film from the harry potter and the sorcerer stone. after that, harry potter and the secret of chamber where he found the secret chamber in hogwart that belong to tom riddle or voldemort. then came harry potter and the prisoner of azkaban where he knew that he had a godfather which is sirius black who is his late father's best friend.

after that, harry potter and the goblet of fire where he entered the triwizard tournament. a very dangerous tournament between witch and wizard schools. in his fifth year at the school is the harry potter and the order of phoenix.the underground group lead by dumbledore that against voldemort.in his sixth year of school cames harry potter and the half blood of price. many people think the half blood of price is voldemort but it is actually severus snape.

last of the book but second last of the film is harry potter and the deathly hallows.the coming back voldemort into life again and try to search for the things that make him powerful and invulnerable. it is when albus dumbledore dead.

the last film is about harry potter and his friend searching for the horcrux that will make voldemort weaker. this is when he found out about snape's true motives and why exactly he is still alive not just because his mother's enchanted but also he is one of the horcrux. and if story ending with he and ginnie sending their son to hogwart by train.

cute! but still only ginnie look much more matured that those three, harry, hermione and ron...hahahaha



notakaki: nak tahu detail, tgk sendiri okkkk....=) best 


Wednesday, July 13, 2011

5S

Solat : Solat 5 kali sehari semalam...bermula dengan subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. disamping solat yang wajib solat yang sunat juga boleh dibuat. solat sunat hajat, solat sunatu taubat etc


Syukur : buka mata di pagi hari juga adalah satu kesyukuran yang Allah beri kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk bertaubat. setiap perkara dan perbuatan didahului dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah, alhamdulillah juga merupakan satu syukur.



Senyum : pernah dengar ungkapan senyum itu satu sedekah? yea...senyum la jika ianya mampu membangkit kehidupan seseorang. kita tidak tahu. senyum juga merupakan salah satu proses awet muda. jadi senyum lah sepanjang hari. tapi berwaspada, senyumlah dengan ikhlas insyaAllah akan memberi manfaat.



Sabar : Sabar separuh dari iman. orang yang banyak bersabar ketika mana Allah menberikan die ujian maka dengan janji Allah, die bakal mendapat ganjaran atau manfaat dariNya. percayalah. kita tidak tahu ape yg Allah hendak beri pada kita. hanya Dia shj yg tahu.


Sedekah : hidup ini hanya pinjaman. bukan semua milik kita adalah milik kita. gaji yang diterima setiap bulan hanya 10% shj mungkin milik kita. lain2 adalah kepada milik org lain dimana kita sebagai pengantara. oleh itu, bagi membersihkan harta, berzakatlah...bersedekahlah...sedekah juga biarlah di tempat yang betul. kita tidak tahu pemintah sedekah dijalanan itu adakah betul2 menggunakan duit yang disedekahkah kepada diri sendiri dan keluarga? mungkin juga mereka merupakan satu komplot untuk mengumpul dana bagi tujuan yang tidak betul....oleh itu, daripada bagi sedekah pada peminta jalanan, lebih baik bagi sedekah pada pelukis2 jalanan, pemain2 gitar jalanan, di masjid atau surau berdekatan dan yang boleh dipercayai adalah melalui maybank2u...transfer online to charity. ada banyak badan2 kebajikan di situ yang boleh kita buat amal jariah.



wallahualam



Friday, July 8, 2011

Batu Pahat, Johor...

ade ap kat Batu Pahat, Johor?...

seperti tiap2 tahun aku akan ke serata semenanjung sempena Istiadat Pentauliahan Di-Raja Kadet PALAPES IPTA kali ke-30. 2009 UTM, Johor...2010 di USM, Pulau Pinang dan tahun ni 2011 di UTHM, Johor.

hmmmm, taknak cakap mengenai pentauliahan sebenarnye...tapi nak bercakap mengenai Batu Pahat. ade ap kat sini? aku pun tak tau...so, this is a story while i am in Batu, Pahat Johor.

hari pertama sampai...suda dibawa ke Batu Pahat Mall...wow! tu je yg boleh ku katakan.hahaha...bukan ape, Batu Pahat beb! mall die boleh tahan mcm kat KL or JB...cinema sampai ade 3x...movie up to date (of course la sebab dekat dengan JB) ade chicken rice shop, KFC, Mc-D 24 hours uuuuuuu....Pizza Hut, Kenny Rogers je aku rase cm takde.hahahaha...dan yang paling penting is parking die freeeeeeeeeeee....chantek!


7 Julai 2011 : antara buah tempatan yang terkenal di Kluang adalah buah naga. rupa bentuk dan isi dalam yang agak menakutkan tapi manis yang sgt berkhasiat. tau tak ekstrak buah naga saja dalam 1L boleh mencecah sehingga RM100 tau...kebetulan en tunang nak beli pisang tanduk...ternampak buah naga dijual 1kg dengan RM3.50 je...berbanding yang dijual di ladang organik RM12/kg...sgt la jauh beza, mungkin sebab baja organik kot...alhamdulillah, manis buahnye...=) haha, apsal plak p Kluang?...sebenarnye UTHM da dekat sgt dengan Kluang. di tgh2 antara Kluang dan bandar Batu Pahat. tapi kedai buah yang kami beli ni terletak di Ayer Itam....haaa pening! hahaha...kalau u all datang u all tau la...dekat je sebenarnye. but make sure nek kereta la at least...

actually tak sure ape beze isi yang putih dengan yg merah tu...because beli ritu isinye merah...jusnye pun warna merah. so, tak tau la perbezaan dari segi rasa.

8 Julai 2011 : ke Rengit, Batu Pahat bersama en tunang. boleh jadi giler la kat sini....rengit terkenal dengan penjualan barangan terpakai (2nd hand). untuk pasangan yang baru pindah umah, duit da byk perabih kat renovate umah, sesuai la sgt.....bygkan mesin basuh 7kg depa boleh jual dalam RM250 je! bukan calang2 jenama...Sanyo ok...tapi sejauh mane kemampuan mesin basuh ini wallahualam...angpa nak apa? mesin basuh? peti ais? tv plasma, lcd? vacum pun ade...dan yang paling tertarik lagi menarik adalah perabot kayu! walaweh....tergoda beb! seb bek umah jauh nun kat KL ngan Perlis...so, cuci mata je la. bwk kenderaan pun kelisa je. celah mane nak sumbat brg2 rumah ni?....


perabot2 kayu die mmg lawa di sini....meja marmar yang mahal riban2 tu pun ade!

 tak payah membazir duit beli mainan budak....pergi sj ke sini dan pilih mainan ape nak. mmg giler! seb bek takde anak lagi.haha

 pintu, grill...takde dlm gambar set golf cume RM250 je! boleh tawar lagi...

 basikal pun ade tau!

 barangan elektrik...ooopppsss amik dr google yea...microwave, printer, oven, kettle etc

antara yang terfemes adalah pinggan mankuk orginal hak yang riban2 tu....sungguh la...huhu terasa mcm nak sewa van tu beli bwk balik perlis.hahaha

oh ya nasi beriyani yang sedap di Batu Pahat....Nasi Beriyani Power berdekatan dengan Sago...kalu pakai gps tu ade dalam garmin. terletak di Bandar Batu Pahat di tgh2 kawasan perumahan. mmg tempat yang tidak strategik langsung untuk perniagaan restoran...tapi masih juga org dtg untuk nasi beriyaninye...mantap!

mesti korang tertanya2 kan....wei, tak buat keje ke? dok berjalan je...hahaha, sambil2 masa free tu kami kua la merende...bukan jauh mane pun. pagi keje siang kua...takpun sebaliknye...=) hidup kene survive...kerja kene siap...holiday kene happy...janji sume gumbira. wakakaka....i like!

notakaki: gambar2 diatas adalah diambil drai en google yea....thanx en google =) terlampau syiok sehingga lupe nak snap gambar.hahaha

Tuesday, July 5, 2011

CM5 : Wahai Pembuang Bayi, Bacalah Ini..


Nauzubillah...itu aj yang boleh diungkapkan ketika ini. bile mane ketikanya aku terbaca cabaran entry kali nie, teringat peristiwa sedih yg menyelubungi Kolej 9 di UTM pada tahun 2009.

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.
Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.
AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.

ditinggalkan sendirian menanggung derita mengandung dan juga melahirkan. di dalam bilik asrama pulak tu. tanpa ada sebarang peralatan perubatan atau orang yang berpengalam membantu kelahiran. MasyaAllah...tak dpt bayang derita yang ditanggung. walaupun kes ini bukan la kes pembuangan bayi, tapi kes ade bersangkutan dengannya. bekas pelajar yang ditemui mati bersama anaknya yg baru dilahirkan dipercayai belum pun berumahtangga.

nak salah yg perempuan pun ia jugak, nak salah yg lelaki pun ia jugak. dimana perikemanusiaan mereka ini? perkara yang elok sepatutnya dibuat dengan cara yang elok. jika ingin mengembangkan zuriat, ad cara halal yang Allah telah berikan malah diberkatiNya. bukan dengan cara dimana penglibatan syaitan laknatullah terlibat sama. Nauzubillah...peringatan kepada diri juga.



قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. (3.38)

notakaki: kan comey =)

zue : sila bace ini.hahahaha
abg zaidi : saje menempek. kamu da kawen =)